Minggu, 13 Januari 2013

Gempa Bumi Dashyat



Rekod gempa bumi terbesar di dunia hingga sekarang

Berikut adalah rekod beberapa gempa bumi yang terbesar yang berlaku dari dulu hingga kepada yang terbaru sekali di Chile baru-baru ini. Senarai bukan mengikut susunan tahun tetapi mengikut kekuatan gempa bumi;


- 22 Mei 1960: Sebuah gempa bumi berkekuatan 9.5, di selatan Chile dan disusuli tsunami mengorbankan sekurang-kurangnya 1,716 orang.

- 27 Mac 1964: Sebuah gempa berkekuatan 9.2 di Prince William Sound, Alaska, dan tsunami seterusnya membunuh 128 orang.

- 26 Disember 2004: Sebuah gempa berkekuatan 9.1, dari pulau Sumatera Indonesia mencetuskan tsunami yang mengorbankan 226,000 orang di 12 negara, termasuk 165,700 di Indonesia dan 35,400 di Sri Lanka.

- 13 Ogos 1868: Sebuah gempa berkekuatan 9.0 di Arica, Peru (sekarang Chile) yang menghasilkan bencana tsunami; lebih dari 25,000 orang terkorban di Amerika Selatan.

- 26 Januari 1700: Sebuah gempa berkekuatan 9.0 menyentak Northern California, Oregon, Washington dan British Colombia dan mencetuskan tsunami yang merosakkan desa-desa di Jepun.

- 4 November 1952: Sebuah gempa berkekuatan 9.0 di Kamchatka menyebabkan kerosakan tapi tidak ada laporan kematian, walaupun mengangkat gelombang setinggi 30-kaki (9.1 meter) di Hawaii.

- 31 Januari 1906: Sebuah gempa berkekuatan 8.8, di perairan pantai Ecuador dan Colombia menghasilkan tsunami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 500 orang.

- 27 Februari 2010: Sebuah gempa berkekuatan 8.8, di perairan pantai Chile mengorbankan jumlah yang masih belum ditentukan dan menghantar tsunami di Pasifik.

- 1 November 1755: Sebuah gempa berkekuatan 8.7, dan disusuli tsunami di Lisbon, Portugal, mengorbankan sekitar 60,000 orang dan menghancurkan banyak kawasan di Lisbon.

- 8 Julai 1730: Sebuah gempa berkekuatan 8.7 pada-Valparasio, Chile, mengorbankan sekurang-kurangnya 3,000 orang.

- 15 Ogos 1950: Sebuah gempa bumi berkekuatan 8.6 di Assam, Tibet, mengorbankan sekurang-kurangnya 780 orang.


 - 28 Mac 2005: Sebuah gempa berkekuatan 8.6 di Sumatera Utara, Indonesia, mengorbankan sekitar 1,300 orang.
.

0 komentar:

Posting Komentar